Pengurusan KPTM Menyokong Tim KIK Inovasi untuk bersaing buat kali kedua di UTHM, Johor.

Oleh Shahri Abu Seman, 14 November 2019

Batu Pahat, Johor. KIK Inventor sekali lagi telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan inovasi peringkat kebangsaan di Unviersiti Tun Hussein Onn pada 14 November 2019 yang lalu. National Innovation and Invention Exhibition 2019 (NIICE2019) telah di hadiri oleh 247 kumpulan inovator dari seluruh Malaysia untuk berentap untuk mendapatkan ganjaran hadiah yang berupa pingat emas, perak dan gangsa. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada lima kategori iaitu kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sijil dan Diploma, Undergraduate/Postgraduate dan Staf/Profesional. Di akhir pertandingan, kumpulan KIK Inventor KPTM Bangi telah berjaya mendapat pingan gangsa. Sekalung tahniah kepada ketua kumpulan, Mdm Goh dan ahli kumpulan, Pn Hasnira Md Lazim dan Shahri Abu Seman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *