KIK Green Team menjayakan Taman Bunga dan Herba di KPTM Bangi

Oleh Nurulafiza Ramli, 6 Septemberi 2019

Green Team Prihatin 2019

KPTM Bangi- Taman Bunga & Herba merupakan satu amalan baik yang diusahakan oleh KIK Green Team yang disertai oleh kakitangan KPTM Bangi dan sekumpulan pelajar Diploma Pengurusan Keusahawanan (AB108) dalam menjayakan persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran. Berkonsepkan Taman Hijau Kitarsemula, program ini asalnya telah dimulai oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar (HEP) yang telah mewujudkan satu Taman Herba di kawasan bersebelahan Blok C. Idea ini telah menjadi titik tolak kepada kewujudan Taman Herba Kedua yang terletak di bersebelahan Blok E dimana cadangan pembinaannya telah di mulai oleh Pengarah KPTM Bangi sendiri iaitu Encik Ramli Md Jawi, dimana turut disertai oleh kakitangan pengurusan pentadbiran.

Kewujudan Taman Herba ini telah memberi impak kepada KPTM Bangi dengan menjadi sumber bahan masakan dan keperluan perubatan untuk para kakitangan, dimana ada diantara tanaman tersebut jarang ditemui di pasaran. Disamping itu, para pelajar turut mendapat impak dimana mereka dapat menghayati keindahan taman hijau di samping dapat memahami kewujudan sumber-sumber alam yang amat penting dalam perubatan Melayu dimasa lalu. Taman Herba ini turut menjadi tempat para kakitangan meningkatkan konsep kerja berkerjasama disamping dapat menghilangkan tekanan (stress) kerja dan dapat mengeluarkan peluh diluar waktu pejabat.

Pihak pengurusan turut memberi sokongan dan sumbangan kewangan, peralatan dan anak-anak pokok herba. Sumbangan seperti tayar-tayar lama turut diterima daripada peniaga-peniaga bengkel motosikal berdekatan dan anak pokok oleh beberapa kakitangan KPTM sendiri semasa semasa menyiapkan projek ini. Sekalung ucapan tahniah atas kejayaan ini.

Taman Bunga Blok D Berkonsepkan Kitar Semula
Taman Herba HEP di Blok C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *