e-Terminal School Bus- Internaltional Competition and Exhibition on Computing Innovation 2019 UMP Pahang

10 September, 2019, Tim KIK Innovator buat pertama kali pergi ke Pahang untuk beradu idea dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Sebulan sebelum pertandingan, tim ini telah membuat persediaan dari segi konsep idea, abstrak, poster dan penginapan di sana. Projek ini telah diberi nama e-Terminal School Bus. Ini lah pertama kali, tim ni mencuba nasib untuk berjuang bersama 200 lagi pesaing dari seluruh negara. Kehadiran mereka telah memberi semangat kepada wakil-wakil masing dalam menyampaikan pembentangan di hadapan juri-juri professional yang datang seluruh negara. Pada hari terakhir, pengumuman pemenang dari pelbagai kategori telah di sampaikan. Pihak wakil dari KPTM Bangi terdiri daripada Puan Hasnira Md Lazim, Cik Sarina Alias, Puan Norarifah Abdul Munim dan Encik Shahri Abu Seman, telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai pemenang gangsa. Alhamdullilah semoga, kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pemangkin kejayaan pada masa hadapan. GO KPTM 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *