Perkongsian Ilmu antara KPTM Bangi dan Pihak Pengurusan Masjid Haji Kahar 2019

24 Oktober 2019, Rantau Negeri Sembilan. Lebih kurang 30 orang kakitangan KPTM Bangi telah berlabuh ke Rantau untuk mengada misi kebajikan bersama-sama dengan pihak pengurusan Masjid Haji Kahar. Program yang julung kali diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak disamping berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan organisasi dan kewangan. Sumbangan pihak KPTM termasuk buku-buku ilmiah, peralatan perabot dan majalah bagi mewujudkan satu sudut bacaan bagi para jemaah. Di samping itu, Jabatan Perakaunan telah memberi tunjuk ajar bagi pengunaan buku akaun untuk kegunaan masjid. Pihak KPTM amat berbesar hati atas sambutan yang mengalakkan oleh pengurusan dan penduduk setempat.

Barisan Peserta CSR KPTM Bangi dan Pihak Pengurusan Masjid Haji Kahar
Penyampaian Cenderahati oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan, En Saiful Kahar kepada Pengerusi Masjid Haji Kahar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *